Friday, June 26, 2009

mana seni mempertahankan diri warisan kita..warisan bangsa melayu???




Jika dilihat pada hari ini,kebanyakan orang melayu,bangsa melayu sudah lupa akan warisan mereka sendiri sama ada sedar atau tidak..sebagai contoh dalam ilmu mempertahankan diri.Ibubapa pada hari ini lebih gemar menghantar anak-anak mereka untuk belajar seni mempertahankan diri bangsa lain dari seni mempertahankan diri bangsa melayu.Mengapakah jadi begini?

Misalnya..seni bela diri seperti tae kwan do,aikado lebih digemari oleh ibubapa sekarang dan mereka sanggup mengeluarkan belanja yg banyak untuk pendaftaran dan juga yuran bulanan.Berbanding seni mempertahankan diri milik orang melayu seperti silat yang kurang perhatian dan minat.Jika dikira yuran untuk mendaftar aikado atau tae kwan do adalah RM80-RM100....dan yuran untuk mendaftar silat adalah dalam linkungan rm20,rm30,rm50.Kalau dibandingkan kedua-duanya,silat adalah lebih murah tapi tiada nilai di mata masyarakat.

Seni Silat Melayu kini semakin lesu di mata masyarakat kerana masyarakat kini lupa akan kekuatan dan kegemilangan seni silat melayu suatu ketika dulu.Anda semestinya kenal siapa tok janggut,mat kilau,hang tuah pahlawan suatu ketika dulu yang mempertahankan tanah air dari penjajah.Bukannya bruce lee,mike tyson dan lain-lain.

Oleh itu,kita sebagai masyarakat melayu perlulah mengembalikan kegemilangan seni silat melayu yang diwarisi oleh datuk nenek kita pada masa dahulu.jika masyarakat kita sendiri tidak mempertahankannya,maka satu-satunya warisan seni mempertahankan diri bangsa melayu akan hilang ditelan zaman.Renung-renungkanlh.

" tidak melayu hilang di dunia"

DEMI BANGSA DAN AGAMA ISLAM YANG TERCINTA

3 comments:

  1. Tahniah kerana bijak berkarya, tetapi perlu perbaik selok-belok tatabahasanya.

    Kenapa ya?

    Pertama kurang promosi.
    Kedua mungkin kerana unsur-unsur mistik yang ada.
    Mandi minyaklah, berkemenyanlah, macam-macamlah.
    Seni yang lain tak perlu itu semua. Mungkin kot.

    wallahu`alam bissawab.

    ReplyDelete
  2. ade betulnya apa yang dikatakan itu.Mungkin orang melayu kita takut untuk belajar silat kerana ada unsur mistik.Dalam ilmu persilatan memang tidak lari dari unsur-unsur mistik.

    Namun begitu,ada dua aliran dalam silat iaitu ilmu yang membawa kepada khurafat(ini adalah amalan-amalan yang disalahguna oleh ahli-ahli silat dalam aliran mereka sendiri) dan ilmu yang membawa kepada jalan ketuhanan(setiap amalan yang dibawa di dalam ilmu silat ini terus kepada Allah S.W.T.

    Dalam seni gayung fatani,elemen-elemen seperti mandi minyak,berkemenyan dan unsur-unsur yang boleh membawa kepada syirik tidak terdapat di dalam silat ini.Arwah cikgu anuar wahab banyak menerapkan unsur-unsur zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-quran apabila hendak mulakan latihan silat.

    oleh itu, saya sebagai insan yang nak memartabatkan warisan silat melayu kita ini ingin membuka mata masyarakat melayu kita hari ini bahawa ada silat yang unsur-unsur yang baik dan tidak bertentangan dengan akidah Islam.

    wallahu 'alam bissawab..

    terima kasih kepada jejaka bitara.
    abg azimin daud is the best.....

    ReplyDelete
  3. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete