Saturday, February 5, 2011

Graduasi Aku di UKM..

8 ogos 2010 - saat-saatku mengulung sebuah ijazah bakal tiba.Diam xdiam sudah 3 tahunku di UKM.segala kenangan pahit,manis ku di ukm tak akan ku lupakan.Ku rasakan kehidupanku di UKM banyak memberi panduan dan bekalanku untuk kehidupan seterusnya.

Dikala waktu pagi lagi,aku sudah tiba di UKM kerana sesi pagi itu adalah sesi bagi fakulti pengajian islam. Debaran semakin kemuncak.Ku merasakan masanya sudah tiba.Kakiku melangkah naik ke pentas. Setelah namaku dipanggil,aku terus melulu selangkah demi selangkah mengambil segulung ijazah dari Yamtuan Besar Negeri Sembilan selaku Canselor UKM. Aku terus berjalan melalui tnc2 yang duduk di atas pentas itu. Hatiku berasa bangga sebab dapat memegang ijazah sarjanamuda pengajian arab dan tamadun islam.

Alhamdulillah,tamat sudah pengajian ku di UKM. KU ucapkan sejuta terima kasih kepada pensyarah-pensyarahku terutama sekali kepada guru silatku yang banyak menunjukkan jalan dan memberi pengajaran kepadaku sepanjangku di UKM. Jasamu tidak akan ku lupa.

See You again,InsyaAllah.

Sunday, February 28, 2010

Saat-saat peletakan jawatanku sebagai Yang Dipertua Seni Gayung Fatani UKM





Mesyuarat Agung Tahunan PSGFM

Malam berganti malam,siang berganti siang.Begitulah juga tugas atau kedudukan sebagai Yang Dipertua Seni Gayung Fatani UKM yang berganti dari setahun ke setahun. Susah payah, penat lelah aku bersama sahabat-sahabaatku yang lain membangunkan Persatuan Seni Gayung Fatani UKM ini berbaloi.kenangan kami bersama,berlatih, bermandi peluh akan aku simpan dalam memori hidupku.



Ucapan demi ucapan berlalu,tibalah giliranku memberi ucapan perletakan atau pembubaran Majlis Tertinggi dan Exco-exco yang dilantik bagi sesi 2008/2009.Bebanan yang aku tanggung selama ini terlerai apabila aku mengucapkan kata-kata "Dengan ini,saya Yang Dipertua Seni Gayung Fatani UKM membubarkan ahli jawatankuasa PSGFM bagi sesi 2008/2009".Alhamdulillah,segala-galanya selesai. Aku merasakan diriku menjadi ringan dan tidak terbeban dengan masalah-masalah yang timbul selepas ini.

Apa yang aku harapkan bagi tapuk pimpinan sesi 2009/2010 ialah meneruskan perjuangan Persatuan Seni Gayung Fatani UKM dan dapat mengembangkan seni silat di mata masyarakat melayu yang selama ini tidur dibuai mimpi. sekaligus, menghalang unsur luar masuk ke dalam jiwa masyarakat melayu kita yang semakin melupai warisan mempertahankan diri bangsa melayu.

Akhir kata, bangsa melayu dijunjung agama disanjung.

"Silat untuk semua"

Friday, June 26, 2009

mana seni mempertahankan diri warisan kita..warisan bangsa melayu???




Jika dilihat pada hari ini,kebanyakan orang melayu,bangsa melayu sudah lupa akan warisan mereka sendiri sama ada sedar atau tidak..sebagai contoh dalam ilmu mempertahankan diri.Ibubapa pada hari ini lebih gemar menghantar anak-anak mereka untuk belajar seni mempertahankan diri bangsa lain dari seni mempertahankan diri bangsa melayu.Mengapakah jadi begini?

Misalnya..seni bela diri seperti tae kwan do,aikado lebih digemari oleh ibubapa sekarang dan mereka sanggup mengeluarkan belanja yg banyak untuk pendaftaran dan juga yuran bulanan.Berbanding seni mempertahankan diri milik orang melayu seperti silat yang kurang perhatian dan minat.Jika dikira yuran untuk mendaftar aikado atau tae kwan do adalah RM80-RM100....dan yuran untuk mendaftar silat adalah dalam linkungan rm20,rm30,rm50.Kalau dibandingkan kedua-duanya,silat adalah lebih murah tapi tiada nilai di mata masyarakat.

Seni Silat Melayu kini semakin lesu di mata masyarakat kerana masyarakat kini lupa akan kekuatan dan kegemilangan seni silat melayu suatu ketika dulu.Anda semestinya kenal siapa tok janggut,mat kilau,hang tuah pahlawan suatu ketika dulu yang mempertahankan tanah air dari penjajah.Bukannya bruce lee,mike tyson dan lain-lain.

Oleh itu,kita sebagai masyarakat melayu perlulah mengembalikan kegemilangan seni silat melayu yang diwarisi oleh datuk nenek kita pada masa dahulu.jika masyarakat kita sendiri tidak mempertahankannya,maka satu-satunya warisan seni mempertahankan diri bangsa melayu akan hilang ditelan zaman.Renung-renungkanlh.

" tidak melayu hilang di dunia"

DEMI BANGSA DAN AGAMA ISLAM YANG TERCINTA

Monday, June 15, 2009

fatani nusa bakti




MOTO

' Fatani Nusa Bakti '

Fatani bermakna bijaksana, pandai atau cerdik.Nusa bermakna negara atau tanah air. Bakti bermaksud sumbangan atau perjuangan ikhlas kepada diri, bangsa, agama dan negara.
Moto tersebut membawa pengertian bahawa pesilat, khususnya ahli PSGFM sebagai insan yang dapat bertindak secara berakal atau bijaksana melaksanakan perjuangan demi kepentingan negara. Menjauhkan diri daripada segala yang tercela yang boleh membinasakan diri pada zahir batin. Orang yang berilmu dan berakal bijak dapat menghayati keagungan Tuhan yang esa. Sebagai insan sebaik-baik ciptaan di alam yang diangkat sebagai khalifah Allah yang arif dan mengerti makna kehidupan yang sementara kepada kehidupan yang kekal dan yang sehubungan dengannya.

LOGO

Logo dan lambang PSGFM berbentuk bulat diambil daripada Tapak Bulat atau langkah Melilit yang menggambarkan pergerakan dan kesatuan yang padu.Perkataan membawa makna yang tertentu iaitu :
Seni bermakna hasil ciptaan yang indah sempurna iaitu silat yang berdasarkan seni budaya Melayu.
Gayung bermaksud seni bela diri zahir dan batin.
Fatani bermakna bijaksana Malaysia ialah negara Malaysia.
Warna merah lambang keberanian.
Hijau ialah kesuburan dan kepercayaan agama
Kuning ialah kedaulatan.
Putih ialah suci dan bersih
Hitam ialah matang dan keluhuran.
Keris bersilang sarung lambang semangat kepahlawanan Melayu
Tangan bermaksud bertanggungjawab, berusaha dengan gigih.


WARISAN

Parang tidak sebarang parang,
Parang Melayu bersepuh tangkainya;
Garang tidak sebarang garang,
Jika tidak dengan hemahnya.

Selasih bukan sebarang selasih,
Di tengah laman lebat daunnya;
Kasih bukan sebarang kasih,
Jika bukan sepenuh hatinya.

Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya.

Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.