Friday, June 26, 2009

mana seni mempertahankan diri warisan kita..warisan bangsa melayu???




Jika dilihat pada hari ini,kebanyakan orang melayu,bangsa melayu sudah lupa akan warisan mereka sendiri sama ada sedar atau tidak..sebagai contoh dalam ilmu mempertahankan diri.Ibubapa pada hari ini lebih gemar menghantar anak-anak mereka untuk belajar seni mempertahankan diri bangsa lain dari seni mempertahankan diri bangsa melayu.Mengapakah jadi begini?

Misalnya..seni bela diri seperti tae kwan do,aikado lebih digemari oleh ibubapa sekarang dan mereka sanggup mengeluarkan belanja yg banyak untuk pendaftaran dan juga yuran bulanan.Berbanding seni mempertahankan diri milik orang melayu seperti silat yang kurang perhatian dan minat.Jika dikira yuran untuk mendaftar aikado atau tae kwan do adalah RM80-RM100....dan yuran untuk mendaftar silat adalah dalam linkungan rm20,rm30,rm50.Kalau dibandingkan kedua-duanya,silat adalah lebih murah tapi tiada nilai di mata masyarakat.

Seni Silat Melayu kini semakin lesu di mata masyarakat kerana masyarakat kini lupa akan kekuatan dan kegemilangan seni silat melayu suatu ketika dulu.Anda semestinya kenal siapa tok janggut,mat kilau,hang tuah pahlawan suatu ketika dulu yang mempertahankan tanah air dari penjajah.Bukannya bruce lee,mike tyson dan lain-lain.

Oleh itu,kita sebagai masyarakat melayu perlulah mengembalikan kegemilangan seni silat melayu yang diwarisi oleh datuk nenek kita pada masa dahulu.jika masyarakat kita sendiri tidak mempertahankannya,maka satu-satunya warisan seni mempertahankan diri bangsa melayu akan hilang ditelan zaman.Renung-renungkanlh.

" tidak melayu hilang di dunia"

DEMI BANGSA DAN AGAMA ISLAM YANG TERCINTA

Monday, June 15, 2009

fatani nusa bakti




MOTO

' Fatani Nusa Bakti '

Fatani bermakna bijaksana, pandai atau cerdik.Nusa bermakna negara atau tanah air. Bakti bermaksud sumbangan atau perjuangan ikhlas kepada diri, bangsa, agama dan negara.
Moto tersebut membawa pengertian bahawa pesilat, khususnya ahli PSGFM sebagai insan yang dapat bertindak secara berakal atau bijaksana melaksanakan perjuangan demi kepentingan negara. Menjauhkan diri daripada segala yang tercela yang boleh membinasakan diri pada zahir batin. Orang yang berilmu dan berakal bijak dapat menghayati keagungan Tuhan yang esa. Sebagai insan sebaik-baik ciptaan di alam yang diangkat sebagai khalifah Allah yang arif dan mengerti makna kehidupan yang sementara kepada kehidupan yang kekal dan yang sehubungan dengannya.

LOGO

Logo dan lambang PSGFM berbentuk bulat diambil daripada Tapak Bulat atau langkah Melilit yang menggambarkan pergerakan dan kesatuan yang padu.Perkataan membawa makna yang tertentu iaitu :
Seni bermakna hasil ciptaan yang indah sempurna iaitu silat yang berdasarkan seni budaya Melayu.
Gayung bermaksud seni bela diri zahir dan batin.
Fatani bermakna bijaksana Malaysia ialah negara Malaysia.
Warna merah lambang keberanian.
Hijau ialah kesuburan dan kepercayaan agama
Kuning ialah kedaulatan.
Putih ialah suci dan bersih
Hitam ialah matang dan keluhuran.
Keris bersilang sarung lambang semangat kepahlawanan Melayu
Tangan bermaksud bertanggungjawab, berusaha dengan gigih.


WARISAN

Parang tidak sebarang parang,
Parang Melayu bersepuh tangkainya;
Garang tidak sebarang garang,
Jika tidak dengan hemahnya.

Selasih bukan sebarang selasih,
Di tengah laman lebat daunnya;
Kasih bukan sebarang kasih,
Jika bukan sepenuh hatinya.

Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya.

Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.