
MOTO
' Fatani Nusa Bakti '
Fatani bermakna bijaksana, pandai atau cerdik.Nusa bermakna negara atau tanah air. Bakti bermaksud sumbangan atau perjuangan ikhlas kepada diri, bangsa, agama dan negara.
Moto tersebut membawa pengertian bahawa pesilat, khususnya ahli PSGFM sebagai insan yang dapat bertindak secara berakal atau bijaksana melaksanakan perjuangan demi kepentingan negara. Menjauhkan diri daripada segala yang tercela yang boleh membinasakan diri pada zahir batin. Orang yang berilmu dan berakal bijak dapat menghayati keagungan Tuhan yang esa. Sebagai insan sebaik-baik ciptaan di alam yang diangkat sebagai khalifah Allah yang arif dan mengerti makna kehidupan yang sementara kepada kehidupan yang kekal dan yang sehubungan dengannya.
LOGO
Logo dan lambang PSGFM berbentuk bulat diambil daripada Tapak Bulat atau langkah Melilit yang menggambarkan pergerakan dan kesatuan yang padu.Perkataan membawa makna yang tertentu iaitu :
Seni bermakna hasil ciptaan yang indah sempurna iaitu silat yang berdasarkan seni budaya Melayu.
Gayung bermaksud seni bela diri zahir dan batin.
Fatani bermakna bijaksana Malaysia ialah negara Malaysia.
Warna merah lambang keberanian.
Hijau ialah kesuburan dan kepercayaan agama
Kuning ialah kedaulatan.
Putih ialah suci dan bersih
Hitam ialah matang dan keluhuran.
Keris bersilang sarung lambang semangat kepahlawanan Melayu
Tangan bermaksud bertanggungjawab, berusaha dengan gigih.
No comments:
Post a Comment